Wednesday, 17 August 2016

Mahabbah Homestay Marang

Selamat Datang ke Mahabbah Homestay

Homestay kami menjadi tumpuan dimusim cuti persekolahan dan hujung minggu. Mahabbah homestay menyediakan perkhidmatan penginapan yang lengkap dan selesa untuk penyewa yang ingin berkunjung ke negeri Terengganu Darul Iman.

Kami menyediakan rumah yang selesa ala kampung serta peralatan yang lengkap seperti dapur, sofa, katil, tv dan sebagainya. Homestay terletak di 

Lot 355 Jalan Sekolah Seberang Marang,
21600 Marang, Terengganu.


Harga yang kami tawarkan adalah berpatutan.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan sila hubungi:
Din : 019-986 6051







Tuesday, 16 August 2016

Tempat-tempat menarik di Marang, Terengganu

Apa yang menarik di Marang, Terengganu Tempat Pelancongan di Marang, Terengganu. Terletak hanya kira-kira 20km daripada Kuala Terengganu, Daerah Marang sebenarnya menawarkan pelbagai tempat pelancongan yang cukup menarik dan unik. Namun sayang sekali tidak ramai pelancong yang mengetahui tempat-tempat ini. Jadi sebagai anak jati Marang, pemilik blog ini ingin berkongsi bersama anda semua, apa yang menarik di Marang ini. Jom! 

1. Pulau Kapas Pulau Kapas! One of the most beautiful island in our beloved land. Pulau Kapas adalah antara pulau yang sering menjadi pilihan pengunjung dari luar dan juga dalam negeri. Jarak Pulau Kapas dari darat hanyalah sekitar 15 minit. Jika anda ingin pergi ke Pulau Kapas, anda bolehlah mengambil perhidmatan bot yang disediakan di sekitar Jeti Marang. Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Kapas ialah seperti syarikat Mak Cik Gemok l dll. Kebiasannya, harga tambang bot untuk pergi dan balik ialah sekitar RM 30 - 50. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Kapas adalah seperti snorkeling, skuba, barbekue, berkayak, banana boat dan bermacam macam lagi. Chalet? jangan risau, terdapat banyak chalet di Pulau Kapas. Anda boleh tidur di chalet dengan harga yang berpatutan. 





2. Pulau Kekabu Pulau Kekabu!Walaupun namanya Pulau Kekabu, namun ia bukanlah sebuah pulau seperti Pulau Kapas. Ia merupakan sebuah kawasan pantai landai yang sangat sesuai untuk bermandi manda. Jika anda adalah seorang yang sukakan permandangan pantai, anda harus singgah di Pulau Kekabu ini. Permandangannya sungguh mengasyikkan. 





3. Bandar Marang ~ Bandar Nelayan Dahulu Bandar Marang pernah digelar Pekan Koboi kerana pekannya yang terlalu kecil dan kurang membangun berbanding bandar-bandar lain di Negeri Terengganu. Namun tidak lagi kini kerana Bandar Marang sudah jauh berubah. Banyak bank (BSN, CIMB, Bank Islam, Agro Bank), pasaraya (Zon Ria, Pasarayaku, RM2, Ten-Ten dan lain-lain) dan restoran makanan segera (KFC,Pizza Hut) sudah dibuka di Bandar Marang ini. Bandar Marang ini turut cukup terkenal sebagai salah satu lokasi pendaratan ikan. Anda juga tak perlu risau mengenai kesesakan kerana ia bandar kecil sahaja namun lengkap segala kemudahan. Sesuai untuk anda yang lari daripada kesibukan.


4. Medan Selera Kelulut Medan Selera Kelulut ini cukup terkenal dengan dengan kepelbagaian hidangan makanan laut yang cukup segar daripada laut dan menyelerakan seperti ikan bakar, kerang bakar dan sotong celup tepung. Harga pun berpatutan. Dibuka daripada petang hingga lewat malam. Wajib singgah jika datang ke Marang. 





5. Pantai Kelulut Pantai Kelulut terletak diantara Marang dan Rantau Abang. Anda boleh menikmati keindahan pantai yang memanjang sayup mata memanjang. Kami sendiri selalu berkelah disini. Pantai yang sungguh indah dan angin yang sentiasa bertiup sangat sesuai untuk berehat. Kebiasaanya anak-anak kami tidak akan melepaskan peluang untuk bermain wau. Di Pantai Kelulut ini terdapat banyak kemudahan yang boleh anda gunakan. Terdapat tandas awam dan pondok rehat bagi memenuhi keperluaan pelawat. Kebiasanya kami sekeluarga akan membeli keropok goreng untuk dinikmati bersama semasa berehat di pantai tersebut. Pantai ini juga sentiasa menjadi tapak Pekan Budaya yang diadakan secara tahunan. 






6. Jeti, Medan Selera dan Pasar Marang Jeti Marang adalah merupakan satu kawasan yang dilabelkan oleh Pelancongan Terengganu sebagai salah satu tempat pelancongan di negeri Terengganu. Jeti ini merupakan gateway para pelancong untuk ke Pulau Kapas dan aktiviti mencandat sotong. Terdapat beberapa kemudahan yang boleh membantu anda dalam melancong ke Pulau Kapas. Di kawasan ini terdapat deretan kedai syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan. Terdapat juga kemudahan surau dan tandas awam disini. Apa yang menarik disini, terdapat beberapa tarikan lain yang berdekatan seperti  lagun Marang, permandangan seperti waterfront sungai Marang dan kawasan penempatan di tepi sungai Marang. Jeti Marang Kira-kira 50 meter daripada Jeti Marang ini, terdapat Pasar Marang yang baru sahaja dinaik taraf bermula 2010. Di pasar ini, anda boleh membeli pelbagai jenis ikan, sotong dan udang segar dari laut. Terdapat juga pelbagai jenis kuih-muih tempatan yang wajib anda rasai jika ke sini. Selain dari itu anda juga menikmati makanan tempatan seperti Nasi Dagang, Nasi Minyak dan Laksa Terengganu di deretan restoran / warung yang berada di tepi Sungai Marang. Daripada kawasan ini juga, anda dapat melihat pemandangan muara sungai Marang dan bot-bot nelayan yang berulang-alik ke jeti. Bayangkan betapa mengasyikkan dapat menikmati sarapan sambil dibuai bayu angin laut. 



7. Lagun Marang Indah, Tenang dan Damai ... itulah ungkapan sesuai bagi mengambarkan keadaan tempat ini. Lokasi ini sentiasa menjadi pilihan jurugambar untuk mendapatkan photo pemandangan perkampungan nelayan.  Jelas masih terpelihara keadaannya sebagaiman 5 tahun dahulu. Di lagun ini anda boleh berkelah dan menikmati permandangan disungai yang jelas kelihatan pelbagai jenis kawan ikan berenang ditepian sungai. Selain dari itu terdapat bot-bot lama yang ditinggalkan mewujudkan suasana seperti era 70 - 80an. Selain dari itu anda juga boleh melihat aktiviti nelayan seperti aktiviti membaiki bot, membaiki pukat dan membuat bubu tangkapan hasilan laut seperti ketam dan udang.





8. Pembuatan Air Nira Kampung Batangan ini merupakan salah satu kampung yang sangat aktif dengan perusahan kampungnya. Selain dari Perusahaan Dodol Palas, ianya juga terkenal dengan Pembuatan Nisan Nira Kelapa. Nisan atau lebih dikenali di Pantai Barat sebagai - gula merah. 






9. Pembuatan Ketupat Palas Dodol Daun Palas merupakan Perusahaan Tradisi penduduk kampung Batangan Marang. Ianya sangat berlainan berbanding dengan dodol-dodol lain yang ada di pasaran. Ini kerana setiap dodol  yang di keluarkan akan dibalut menggunakan daun palas. Penggunaan daun palas akan menjadikan dodol tersebut lebih sedap baunya. Untuk makluman semua, terdapat banyak tempat yang membuat dodol dikampung ini. Dodol yang dihasilkan tiada berjenama, cuma  apa yang membezakan dodol ini ialah rasanya dan warna plastik setiap bungkusan besar.Satu bungkusan dodol daun palas ini adalah RM7 bagi 50 unit dodol palas. Kebiasaannya di warung luar menjual dodol ini dengan harga 20 - 30 sen satu.  





10. Keropok Lekor TERSEDAP di Terengganu Keropok Lekor merupakan makanan paling popular dan wajib dirasai jika berkunjung ke Terengganu. Kebiasaannya, pelancong luar lebih mengenali Keropok Losong berbanding Keropok Marang. Sebenarnya, Marang juga terdapat khazanah keropok lekor yang teramat sedap sekali. Jika anda perasan, di sepanjang jalan Marang ini, terdapat banyak deretan keropok lekor. Memang pening nak pilih yang mana satu. Ni salah satu kedai yang sedap keropoknya, terletak berhadapan dengan pantai Kelulut. 



Monday, 15 August 2016

Kadar Bayaran

Harga Semalaman adalah RM120.00

Lokasi

Lokasi Homestay 
  • 3 KM ke Bandar Marang

  • 20 KM ke Kuala Terengganu

  • 10 KM ke UiTM Kuala Terengganu

  • 10 KM ke TESDEC

  • 30 KM ke KUSZA, UMT
Untuk keterangan lanjut tel : Haliza - 0199396051